dalam hidupku ,aku tidak pernah terfikir untuk ada blog atau web atau apa2 sekalipun yang berkaitan dengan penulisan. ini kerana ,ku x suka menulis dan seorg yang sangat perahsia..namun selepas membaca beberapa blog dan menjadi pengunjung tetap web iluvislam.com, sy rasa seperti diseru untuk berkongsi dan sy fikir apa salahnya berkongsi sedikit perjalanan hidup ini ia mungkin dapat memberi faedah atau ikhtibar kepada org yg membaca sepertimana saya membaca apa yg terselit di dalam laman iluvislam.com..
tentang namaku ...ada satu cerita disebalik namaku...pada suatu hari aku membelek buku nama-nama yg baik megikut agama islam yg ibu ku guna untuk memberi nama kepada anaknya..apa yg sedih aku membeleknya dari A sampai akhir Z..namaku tiada didalam itu..tp nama adik beradikku semua ada kecuali aku....aku mula fikir adakah aku bkn anak ibu ku...aku meminta penjelasan dari ibu ku...
ibu ku menjawab namaku memang tiada dlm dalam buku itu sebab aku dinama kan sempena nama seorang doktor sewaktu ibuku melahirkan aku..ibu ku kata doktor itu seorg yang sgt baik ..sangat sangat baik menyebabkan hati ibuku terpaut untuk menamakan ku sempena nama doktor itu....maka tercatit la namaku sebagai Nor Sanida Mohamed yang mana x pernah lagi aku jumpa org yg mempunyai nama yang sama seperti namaku....siapakah doktor itu?sejauh mana baiknya doktor itu sampai dpt menyentuh hati ibuku? baik dari konsep ape..agama,perwatakkan?aku ingin berjumpa dgnya...
setelah bertahun bersama nama itu sampai sekarang aku tidak tahu maksud sebenar nor sanida...aku ada bertanya ustazku di KISAS namun ustaz x dpt menjawab "maybe maksudnya dlm bahasa turki kot" gurau ustazku...huhu..
walaubagaimanapun jika namaku tiada maksud yg tersirat seperti nama adik beradik ku sekalipun aku tahu yg jelas ibu ku mahu aku menjadi seperti doktor itu iaitu menjadi seorg yang baik..kalau pergi dgr ceramah agama ibuku selalu membawa ku bersama berbanding adik beradikku yang lain..sampai aku famous dikalangan kawan2 ibuku dan mereka selalu mengelar aku akan jadi ustazah suatu hati nnti.. bertuahnya aku..
namun itu semua sudah menjadi kenangan..ibuku sudah tiada lagi dan aku sempat meminta maaf atas segala silap ku keatas ibuku..to be honest life without mother is little bit empty..to all appreciate ur mother sementara dia masih ada..sahabat rasulullah pernah bertanya siapakah yg perlu kita sayang sekali diatas dunia ini..3 kali rasulullah menjawab adalah ibu selepas itu baru lah ayah...
(ma da akan kuat...insyaallah..senang2 la disitu..da akan sentiasa sedekah kn untuk ma.. maafkan Da ma..Da xdpt menjadi seorg ustazah insyaallah da akan jadi psychologist yg berjaya nnti)
dan aku amat hargai ayah ku sekarang, aku syg ayahku seperti aku syg diriku..sampai aku menjadi anak kesayangan ayah ku..insyaallah aku akan jadikan blog cahaya nisak ini sebagai pengantaraan aku untuk berkongsi ilmu dan pendidikan untukku...post akan datang insyaallah will be all about human development sepertimana bidang aku...doakan kejayaanku
No comments:
Post a Comment